Wanita dibelasah suami, berjaya lahirkan anak dalam koma

Selepas tiga hari dilahirkan, foto anak sulung kepada mangsa wanita keganasan rumah tangga Jahidah Nordin dikongsi oleh adiknya Fazariah Nordin di laman Facebook hari ini.

Menerusi satu posting dimuat naik, Fazariah bersyukur atas kehadiran bayi lelaki tersebut yang diberi nama sebagai Jihady Nasywan dan berjanji akan menjaga zuriat pertama kakaknya itu sebaik mungkin bersama ahli keluarga lain.

“Alhamdulillah… Maha Suci Allah… Kehadiran Baby J penyeri dalam keluarg Insya-Allah kami jaga awak dan berikan yang terbaik untuk awak baby,” tulisnya.

Difahamkan, kakaknya yang dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) sejak 22 November lalu sebelum melahirkan anak secara pembedahan masih belum sedarkan diri.

Bayi alami kuning

@ziahzara15baby J baby ajaib ibu nak admit wad balik..moga cepat sembuh dari kuning 🥰#BabyJ #kakjahidah #ziahzara #babykuat #braindamage #mangsaderasuamidayus♬ original sound – Meisitalomania

Selain itu, Fazariah turut menyifatkan bayi berkenaan sebagai penguat si ibu yang berjuang melahirkan dalam keadaan koma selain terus berharap agar kakaknya dapat dibenarkan pulang ke rumah dengan segera.

Wanita dibelasah suami, berjaya lahirkan anak dalam koma

SEREMBAN 18 Jun 2021 – Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abdul Aziz (kiri) ketika melawat Jahidah di rumah Fauziah (dua dari kanan) di Bandar Sri Sendayan, Seremban, semalam.

“Bila rezeki itu dah tertulis untuk kita, maka memang ia tetap milik kita.. Penguat semangat ibunya ni.

Doakan smoga ibu awak Jahidah Nordin cepat balik rumah tau,” katanya.

Pada 4 Mei lalu, mangsa yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah pada kepala, rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai akibat dipukul suaminya dalam satu kejadian di Johor Bahru.

Berdasarkan laporan media, suami mangsa Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah memukul isterinya yang hamil sehingga koma ketika proses perbicaraan di mahkamah pada 17 Jun lalu.

BACA JUGA : Hujan lebat di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan – Jabatan Meteorologi
Panas !!! DUN P Pinang kecoh, ahli politik dilarang masuk sekolah

CATEGORIES