Wanita berputih mata, hasil usaha 30 tahun bekerja lebur sekelip mata

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seorang wanita berjumlah lebih RM80,000 lenyap sekelip mata

apabila dia menjadi mangsa terbaru skim pelaburan tidak wujud dalam talian sejak bulan Julai lalu.

Kejadian ini berlaku apabila bekas setiausaha syarikat swasta berusia 50 tahun itu menekan pautan iklan

di Facebook sebelum dihubungkan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata mangsa kemudian diarahkan

Wanita berputih mata, hasil usaha 30 tahun bekerja lebur sekelip mata

untuk membayar wang pendaftaran berjumlah RM1,235 dan dijanjikan keuntungan sebanyak RM8,000.

“Sistem itu menunjukkan wanita tersebut memperoleh keuntungan kali pertama sebanyak RM8,000, yang membuatkannya yakin dan ingin menambah pelaburan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

“Mangsa kemudian mengeluarkan simpanan KWSP miliknya dan memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank beberapa individu, melibatkan jumlah keseluruhan RM82,175 sejak bulan Julai lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Jamil, pesara swasta itu hanya menyedari bahawa dia ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan dan sebaliknya diarahkan untuk membuat bayaran tambahan RM20,000 sebagai cukai.

“Susulan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Jasin dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

BACA: Sejak 14 bulan SG4 dilancarkan, tiada sebarang nama pelabur diumumkan