Dalam menghargai pengorbanan dan usaha frontlines Hospital Sultan Ismail, biro kebajikan AWAN Tebrau telah menghantar pek minuman dan makanan ringan kepada frontliners.
Menurut ketua AWAN Tebrau Puan Fuziah Shahar, walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, namun ia dapat memberikan sedikit semangat buat pasukan frontliners yang sedang berjuang menyelamatkan rakyat serta mencegah wabak virus Covid-19 yang menyerang seluruh dunia kini.
Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyumbang TABUNG BANTUAN COVID-19 AWAN JOHOR, pihak AJK Pelawat Hospital Sultan Ismail dan para sukarelawan yang telah menjayakan menghantar bantuan tersebut.
Operasi menghantar pek minuman dan makanan ringan kepada frontliners Hospital Sultan Ismail telah berjalan dengan lancar petang tadi oleh Biro Kebajikan AWAN Tebrau.
Oleh kerana kami mematuhi *#StayAtHome* *(MCO)* penghantaran telah dilakukan oleh pihak ketiga. Walaubagaimanapun hubungan rapat akan terus dibina antara AWAN Tebrau dengan pihak HSI.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyumbang TABUNG BANTUAN COVID-19 AWAN JOHOR dan para sukarelawan yang telah menghantar bantuan tersebut.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan khas untuk Pn Norhayati Bidin, selaku Ahli Lembaga Pelawat HSI yang sentiasa berhubung dengan pihak hospital ttg keperluan para2 frontliners yang bertungkus lumus di barisan hadapan berdepan terus dgn pesakit2 covid 19.
Moga usaha ini memberi manafaat dan diberkati Allah.
Fuziah Shahar
Ketua AWAN Tebrau
#StayAtHome
#KitaJagaKita