Wang RM61K lesap kena scam dengan ‘pegawai LHDN’, “baru nak beraya..”

Wang RM61K lesap kena scam dengan ‘pegawai LHDN’, “baru nak beraya..”Seorang jurutera lelaki kerugian RM61,450 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada 8 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 25 tahun bekerja di sebuah syarikat swasta di Kulim pada mulanya menerima panggilan dari seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai LHDN.

Menerusi perbualan itu pemanggil mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai ke atas syarikat milik mangsa berjumlah RM36,600.90.

Mangsa pada mulanya menafikan syarikatnya mempunyai tunggakan namun panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk pengesahan.

Kemudian mangsa diminta memberikan maklumat peribadi dan sekiranya mangsa gagal waran tangkap akan dikeluarkan ke atas mangsa.

Elias berkata, mangsa akhirnya termakan dengan helah pemangsa dan akhirnya mangsa memindahkan wang miliknya ke akaun bank yang diberi untuk tujuan semakan sama ada sumber kewangan itu dari sumber kewangan yang sah ataupun tidak.

Wang RM61K lesap kena scam dengan 'pegawai LHDN', "baru nak beraya.."

Termasuk perangkap, mangsa secara tidak sedar mendedahkan maklumat perbankan akaun RHB bank serta memberi kata laluan online banking.

Jelas Elias, mangsa melakukan pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan oleh pemanggil bermula 9 hingga 16 April berjumlah RM61,450.

Bagi melengahkan waktu mangsa supaya tidak menyedari proses pemindahan wang berlaku pemangsa telah mengarahkan mangsa melapor diri setiap empat jam kepadanya bagi memastikan mangsa berada di bawah kawalan pemanggil.

Mangsa akhirnya menyedari dia ditipu selepas memeriksa baki akaun dan membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, malam tadi.

Elias berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Jika sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dari 10 tahun dan sebat serta boleh didenda.
TONTON :

BACA:

Ayob Khan sahkan polis buat ‘live’ Tiktok ketika operasi adalah pegawai bawahnya

Padah berebut ikan, lelaki sanggup bakar kawan sendiri sehinggalah ini terjadi

CATEGORIES