Wan Fayhsal

Wan Fayshal dakwa Muhyiddin beri restu tanding Bagan Serai

Wan Fayshal dakwa dapat restu Muhyiddin bertanding parlimen Bagan Serai.Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam temu bual secara eksklusif bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu malah mendakwa beliau sudah mendapat restu daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Bersatu Bahagian Bagan Serai juga secara rasmi telah ‘melamar’ beliau sebagai calon untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut.

Wan Fayshal

“Saya telah mendapat ‘restu’ tanpa sebarang halangan dari peringkat bahagian, negeri dan Presiden sendiri sebagai calon di Parlimen ini walau belum mendapat mandat secara rasmi,” katanya di sini baru-baru ini.

BACA JUGA : Panas !!! Tak wajar Wan Ahmad Fayhsal bertanding di Kubu kuat Pas, kata Razman

Kenyataan itu pastinya mencetuskan konflik kerana ia menyebabkan penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mungkin diketepikan.

Noor Azmi, Timbalan Menteri Kesihatan menang PRU-14 atas tiket Barisan Nasional (BN) namun kemudiannya menyertai Bersatu.

Mengenai Noor Azmi, Wan  Fayshal berkata, perkara itu perlu ditanyakan kepada pucuk pimpinan.

“Saya tiada jawapan untuk soalan itu, ia perlu ditanyakan kepada empunya diri, Bersatu bahagian, peringkat negeri dan Presiden,” katanya.

Sementara itu, dengan dakwaan Wan Fayshal itu bermakna kerusi Parlimen Titiwangsa dikatakan akan ditandingi Ketua Srikandi Bersatu yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayshal dikatakan berminat untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/wan-ahmad-fayshal-sahkan-bertanding-parlimen-bagan-serai/

Jika Anda Terlepas: Polis siasat video tular wanita dakwa kilang sarung tangan punca kes Covid-19

CATEGORIES