Wan Azizah Cadang Peruntukan Tambahan Untuk Petugas Barisan Hadapan


Berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, terdapat beberapa sektor pekerjaan di barisan hadapan (frontliners) yang sedang merisikokan kesihatan dan keselamatan mereka bagi memastikan kita selamat di rumah.

Oleh itu, kami menggesa mereka yang di barisan hadapan seperti doktor, jururawat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis trafik, pegawai Imigresen, pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai penguatkuasa di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah dibekalkan dengan peralatan keselamatan seperti topeng muka dan pembersih tangan (hand sanitizer) dengan kadar segera.

Kerajaan seharusnya menyediakan peruntukan kewangan tambahan kepada sektor pekerjaan di barisan hadapan ini dan bukannya menggunakan peruntukan sedia ada agensi terbabit.

Kita wajar melindungi mereka yang sedang berusaha melindungi kita di rumah.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Pandan

Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut

COMMENTS

Wordpress (0)