Walaupun nyanyian ‘sumbang’, namun berjaya raih tajaan RM60,000

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”hide” ]Walaupun nyanyian ‘sumbang’, namun berjaya raih tajaan RM60,000 nyanyian rindu buat kekasih nyanyian rindu buat kekasih chord nyanyian serambi chord hanya nyanyian dalam sepi chord nyanyian serambi lirik data nyanyian rindu buat kekasih hanya nyanyian dalam sepi nyanyian rindu buat kekasih lirik lirik nyanyian rindu buat kekasih[/bg_collapse]

 

Walaupun nyanyian ‘sumbang’, namun berjaya raih tajaan RM60,000. Kesudian Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA),. Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin untuk menyanyikan lagu Berita Kepada Kawan oleh Ebiet G Ade di atas pentas ketika menghadiri majlis Fundraising Dinner Sabah FC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat ternyata berbaloi.

Berdasarkan status dan video yang dimuatnaik oleh Jamawi Jaafar, pengurus pasukan skuad bawah 19 tahun (B-19) Sabah, Bung Mokhtar telah menyanyikan lagu Ebiét G. Ada yang bertajuk Berita Kepada Kawan dan nyanyian tersebut telah mendapat tajaan bernilai RM60,000 untuk badan kebajikan di Sabah menurut laman Semuanya Bola.

Tidak dapat dipastikan berapakah jumlah keseluruhan kutipan untuk majlis makan amal tersebut, namun berdasarkan kemaskini dalam akaun Facebook pasukan tersebut, kesemua tiket Platinum (RM15,000/meja), Diamond (RM10,000/meja), Gold (RV/:000/meja dan Ruby (RM6,000/meja) telah habis terjual. Majlis tersebut juga menyaksikan syarikat pakaian sukan dari Itali, Lotto akan terus menjadi penaja pasukan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut dengan nilai tajaan yang agak lumayan iaitu RM2. 4 juta untuk mengharungi Liga Malaysia 2022.

Kehadiran Bung Mokhtar yang juga merangkap Menteri Kerja Raya it disambut Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan, Ketua Pegawai Eksekutif SAFA, Khairul Firdaus Akbar dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi SAFA X serta para pegawainya.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmy Yahya, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Harun Durabi.

BACA JUGA :
RM2.5 bilion lesap : Genting Hong Kong ulangi kisah Carrian Group?
Objek seram dikesan berputar di Bima Sakti, Saintis kebingungan
Ibu bapa jangan beri 2 benda ini kepada anak lelaki selagi belum berumur 17 tahun