Walaupun Menteri dah pakai slaid pembentangan, ramai ibu bapa masih keliru isu buka sekolah

Walaupun Menteri dah pakai slaid pembentangan, ramai ibu bapa masih keliru isu buka sekolah.

Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pembukaan sekolah di seluruh negara pada 3 Okt nanti adalah secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, berdasarkan pemantauan KPM masih ada yang menganggap semua sekolah di seluruh negara akan dibuka pada 3 Okt ini, meskipun perincian mengenainya sudah dijelaskan pada sidang media kelmarin.

Walaupun Menteri dah pakai slaid pembentangan, ramai ibu bapa masih keliru isu buka sekolah

Radzi Jidin berkata jika negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN maka tidak ada sekolah yang dibuka di negeri terbabit pada 3 Okt nanti.

Jelas beliau, jika negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN maka tidak ada sekolah yang dibuka di negeri terbabit.

“Pada maklum balas yang kami lihat secara langsung atau pun melalui media termasuklah media sosial, kita dapati ada yang masih menganggap seolah-olah pada 3 Okt ini, semua sekolah di seluruh negara akan dibuka,” katanya dalam video penjelasan pengoperasian sekolah di Facebook malam tadi.

Radzi Jidin.

Mengulas lanjut perkara itu, Radzi berkata bagi negeri berada di Fasa Dua PPN pula, pembukaan untuk sekolah rendah hanya melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sementara untuk sekolah menengah melibatkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua yang akan menduduki peperiksaan pada akhir Oktober ini.

“Untuk negeri di bawah Fasa Tiga PPN, selain daripada MBK di SKPK dan PPKI, kita akan masukkan (melibatkan) murid prasekolah, pelajar Tingkatan Lima dan juga pelajar STPM lain.

“Manakala untuk negeri di bawah Fasa Empat PPN – dua minggu pertama bermula daripada 3 hingga 17 Okt, mereka yang berada di sekolah adalah sama seperti di Fasa Tiga, sebelum kita memperluaskannya kepada murid Tahun Satu, Dua dan Tiga bermula 17 hingga 31 Okt, diikuti murid Tahun Empat, Lima dan Enam (di akhir Okt),” jelasnya lagi.

Bagi pengoperasian sekolah menengah di fasa itu pula, Radzi berkata sesi pembelajaran akan dimulakan oleh pelajar Tingkatan Lima dan Enam iaitu dari 3 hingga 17 Okt dan selepas itu, disusuli secara berperingkat oleh pelajar tingkatan tiga, empat, satu dan dua.

Katanya, kemasukan secara berperingkat dengan kapasiti hanya 50% dalam kelas ini adalah demi memastikan murid dan pelajar sekolah dapat terus rapat dengan sekolah serta dapat hadir ke sekolah dalam keadaan yang selamat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/14/tak-semua-sekolah-dibuka-3-okt-berperingkat-ikut-fasa-jelas-menteri/

BACA JUGA : Ibu bapa bersyukur setelah 2 bulan meninggal akhirnya jenazah anak dapat dikebumikan

COMMENTS