Wajah terkini Puteri Ameerah curi tumpuan, 'dah besar cantik anak Sultan Brunei dan Azrinaz'

Wajah terkini Puteri Ameerah curi tumpuan, ‘dah besar cantik anak Sultan Brunei dan Azrinaz’

Wajah terkini Puteri Ameerah curi tumpuan, ‘dah besar cantik anak Sultan Brunei dan Azrinaz’. Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. RAUT wajahnya persis sang bonda, begitu cantik dan manis dipandang. Itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan

Puteri Ameerah merupakan anakanda kedua hasil perkahwinan pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Ogos 2005 sebelum berpisah pada Jun 2010.

Puteri Ameerah merupakan adinda kepada YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel.

Kedua-duanya mendapat pendidikan di International School Brunei dan kini sedang melanjutkan pembelajaran di Sekolah Antarabangsa Jerudong.

Abdul Wakeel dan Amirah tinggal di Istana Brunei.

Wajah terkini Puteri Ameerah curi tumpuan, 'dah besar cantik anak Sultan Brunei dan Azrinaz'

Biarpun tidak berpeluang bertemu dengan anak-anaknya, Azrinaz sering memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya baru-baru ini, beliau memuat naik gambar Puteri Ameerah bersama Sultan Brunei dan menitipkan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran Sultan Brunei.

SANGAT MIRIP WAJAH BONDANYA

Berikut antara reaksi balas warga maya:

“Subhanallah. Cantik, jelita persis ibunya. Semoga suatu hari kasih sayang disatukan kembali. Pasti anakanda merindui pelukan dan ciuman ibunya.”

“Cara jalan Puteri Ameerah sama seperti Cik Puan Azrinaz.”

“Cantiknya. Sangat mirip wajah bondanya.”

“Puteri Raja Brunei paling cantik.”

“Masya-Allah, tenang air muka anakanda. Secantik bondanya.”

Seiring dengan peningkatan umur, Puteri Ameerah tampil ringkas dengan kemeja dan jeans, rambut dilepas bebas, namun tetap manis manis dipandang.Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.Rata-rata warga maya teruja dan menyifatkan puteri kerabat diraja Brunei itu banyak mewarisi kecantikan bondanya, Azrinaz.

Bahkan, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini pernah melontarkan pujian yang sama menerusi foto Puteri Ameerah yang dimuat naik di laman instagram rasmi milik Brunei Royal Family.

BACA:

Najib akhirnya buka mulut sebab sebenar pecat Shafie peguam belanya

Kad TNG anda hilang atau expired? Ini cara sebenar buat ‘refund’

Hina Islam : Penganggur dipenjara 6 bulan kerana gagal bayar denda

 

CATEGORIES