Viral The Rock buat “bekam sunnah”, golongan anti islam mula menyerang selebriti itu

Viral The Rock buat “bekam sunnah”, golongan anti islam mula menyerang selebriti itu

Sebut sahaja nama The Rock atau Dwayne Johnson pasti semua orang akan mengenali pelakon bertubuh sasa yang asalnya dari Amerika Syarikat ini. Walaupun sudah berusia 48 tahun dan banyak melakonkan filem aksi yang merbahaya, namun kesihatan tubuh badan The Rock masih lagi dalam keadaan yang baik. Apakah rahsia beliau untuk sentiasa tampil sihat dan bertenaga?

Terbaharu, The Rock dikhabarkan pertama kalinya mencuba rawatan bekam dan berita itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di Instagram beliau. Gambar ‘mirror selfie’ The Rock yang tidak segan mempamerkan belakang badannya yang dipenuhi bekas tompokan bulatan merah disebabkan rawatan ini ternyata meraih perhatian netizen serta peminatnya.

“Ini merupakan kali pertama ‘cawan’ melekap atas badan saya atau kaedah rawatan berbekam dan secara keseluruhan saya menikmati terapi ini.

“Untuk pengetahuan anda, saya sentiasa mencuba teknik rawatan yang baru untuk memiliki kesihatan badan yang seimbang,” tulisnya dalam ruangan kapsyen di Instagram-nya.

Lantaran itu, perkongsian ini juga turut dihujani dengan hantaran komen daripada peminatnya yang rata-ratanya umat Islam. Mereka berseloroh dan menyatakan bahawa bekam merupakan salah satu amalan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Dalam pada ada yang menyokong tindakan The Rock yang melakukan rawatan perubatan bekam itu, terdapat segelintir peminatnya yang bukan beragama Islam telah mencetuskan pergaduhan racist di ruangan komen hantaran tersebut.

“Kita hanya memiliki satu badan, jadi kita mesti menghargai kurniaan ini dengan menjaganya sebaik yang mungkin,” tulis The Rock lagi untuk mengakhiri kapsyen bagi hantaran gambar tersebut.

Dalam kes ini, para peminat The Rock yang bukan beragama Islam seharusnya lebih bersifat terbuka dan menerima bahawa bekam juga salah satunya cara rawatan perubatan Islam dan bukannya mencetuskan perbalahan sebegini. Jika The Rock atau Dwayne Johnson menjaga kesihatan tubuhnya dengan cara berbekam, persoalannya, sanggup atau tidak anda berbekam?

Sumber:https://www.thevocket.com/pertama-kali-berbekam-foto-the-rock-ini-cetus-perbalahan-islamophobia-di-kalangan-netizen/