Viral sushi paling kecil di dunia bikin ramai tertarik nak cuba

Buat peminat makanan Jepun, sudah tentu anda sering makan susyi di restoran.

Saiz susyi memang kecil namun tahukah anda ada susyi yang dihidangkan dengan saiz yang sangat kecil kerana diperbuat dengan sebutir nasi sahaja?

Memetik laporan Oddity Central, restoran Sushiya no Nohanchi di Tokyo telah mencuri perhatian ramai kerana ia telah menghidangkan susyi mini tersebut.

Viral sushi paling kecil di dunia bikin ramai tertarik nak cuba

Susyi paling kecil di dunia itu diperbuat dengan menggunakan sebutir nasi dan dihias dengan topping ikan atau telur yang dihiris nipis dan kecil beserta nori (rumpai laut kering).

Walaupun kecil dan hanya menggunakan sebutir nasi serta topping yang kecil, namun pembuatan susyi itu lebih sukar daripada susyi saiz biasa yang sering kita makan.

Baca Artikel Penuh