Viral digelar awek cendol dulu, netizen puji cantik walaupun baru 2 bulan bersalin

Viral digelar awek cendol dulu, netizen puji cantik walaupun baru 2 bulan bersalin

Viral digelar awek cendol dulu, netizen puji cantik walaupun baru 2 bulan bersalin. Pada 2018 dahulu, gadis bernama Nijaa atau nama sebenarnya, Naziha Tahang pernah menjadi viral gara-gara sebuah video dirinya kepanasan dengan wajah kemerah-merahan.

Pun begitu, difahamkan pasangan itu telah membawa haluan hidup masing-masing dan dia yang mendapat gelaran ‘Awek Cendol’ juga sudah bahagia mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu dengan lelaki pilihannya.

Alhamdulillah 12/5 saya selamat bersalin anak pertama

Menerusi perkongsian TikTok, Nijaa sempat memberitahu khabar gembira kerana rupa-rupanya sudah bergelar seorang ibu. Bayi sulungnya baru sahaja lahir sekitar 2 bulan lalu dan diberi gelaran ‘EA’. Katanya lagi, cahaya mata mereka dijangka lahir pada tanggal 21/5 namun telah keluar lebih awal iaitu pada 12/5 betul-betul selepas waktu Zohor.

Dulu vs sekarang, senyum kepit bibir jugak

Viral digelar awek cendol dulu, netizen puji cantik walaupun baru 2 bulan bersalin

Meskipun hampir 4 tahun berlalu sejak dirinya tular dahulu, nampaknya netizen masih mengenali sosok wanita bertubuh langsing ini. Sudah tentu usianya sudah semakin matang, namun muka Nijaa masih menampakkan ciri-ciri baby face menjadikan dirinya kelihatan seperti gadis muda yang belum berkahwin.

See orang masih ingat awak tau…Nampak matang & lawa…Glow up

Melalui ruangan komen, ramai netizen bergurau semula tentang ayat di dalam video cendol yag kecoh dahulu. Namun di satu sudut lain, mereka memberikan pujian kepada wanita itu kerana kecantikan tidak berubah sejak dulu. Malah wajahnya disifatkan semakin cantik dalam versi lebih matang.

@itsmenijaa_Senyum kepit bibir gak! 😂♬ original sound – ᑕᗴᑎǤ ♡¸.•*

BACA:

Mat Kilau: Syamsul jawab pilihan kedua jika bukan Adi Putra

Permohonan PPP DG41 boleh disemak hari ini

Patutlah seller dari rumah selalu rugi, pemuda dedah buat COD tak dapat ‘cover’ kos petrol kereta

CATEGORIES