Video tular VIP lewat boleh masuk, rakyat berbaris tak dapat masuk masjid undang kemarahan ramai

Video tular VIP lewat boleh masuk, rakyat berbaris tak dapat masuk masjid undang kemarahan ramai.“Ada ‘kabel’ dan pangkat baru boleh masuk masjid”

Itu keluhan yang dapat didengari dalam satu rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit itu dipercayai dirakam semasa solat Jumaat semalam.

Menerusi rakaman video itu, sekumpulan lelaki dilihat dilarang memasuki kawasan sebuah masjid.

Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikawal ketat oleh kakitangan masjid tersebut.

Video

Permintaan mereka supaya dibenarkan masuk untuk menunaikan solat tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.

Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut.

“VIP (orang kenamaan) sampai terus boleh masuk. Kami dah tunggu sejak pukul 12.15 tengah hari. Esok kau menjawab la kat akhirat,” kata perakam video itu.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/11/ada-pangkat-boleh-masuk-masjid-tunai-solat/

BACA: Mana boleh tukar endemik kerana kita masih fasa pandemik, tegur pakar