Video tular lelaki tikam perut sendiri di Tangkak. Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas dipercayai bertindak menikam diri sendiri dengan menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Parit Ponorogo di sini semalam.
Video berdurasi 34 saat tular di media sosial menunjukkan lelaki dalam lingkungan 40-an terbaring dalam keadaan cedera parah pada bahagian perut di hadapan sebuah rumah.
Maklumat awal mendapati lelaki terbabit dipercayai bertindak demikian selepas mengalami tekanan.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Jelasnya, polis masih lagi menjalankan siasatan kes berkenaan.
Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/02/parah-dipercayai-tikam-perut-sendiri/