Video tular gaduh berebut durian berlaku di Mexico – Polis

Polis menafikan video tular membabitkan pergaduhan, yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, dekat sini.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, lokasi pergaduhan dalam video tular berkenaan dikesan berlaku di Mexico.

Tegas beliau, dakwaan mengatakan kes pergaduhan berkenaan berlaku di daerah ini merupakan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

video

“Jangan sebarkan berita yang belum tahu kesahihan berlaku di kawasan Rembau dan akan menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat itu menjadi tular di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.

Ia membabitkan rakaman pergaduhan dua lelaki yang diakhiri dengan salah seorang daripada lelaki berkenaan dipukul dengan senjata dipercayai kapak.

Turut disertakan dalam video berkenaan dua audio berdurasi 12 saat dan lima saat yang mendakwa kejadian berkenaan berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, petang tadi dan kejadian berpunca kerana berebutkan durian.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/di-mexico-bukan-di-rembau/

 

BACA JUGA : Dakwaan dipaksa makan Ivermectin, ini penjelasan kilang

COMMENTS

Wordpress (0)