[VIDEO] Tular !!! Buaya Sungai Linggi muncul naik ke jalan raya

Kejadian banjir dan peningkatan paras air Sungai Linggi menyebabkan seekor buaya naik ke jalan raya dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah jambatan di Linggi di sini pagi tadi.

Rakaman dua video kejadian tersebut masing-masing berdurasi 32 saat dan 15 saat turut tular di media sosial Facebook.

“Banjir, buaya naik sampai jambatan Linggi,” menurut keterangan video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Omar Linggi.

[VIDEO] Tular !!! Buaya Sungai Linggi muncul naik ke jalan raya

TANGKAP layar rakaman video seekor buaya yang naik ke jalan raya dalam kejadian di sebuah jambatan di percayai di Linggi, Port Dickson berikutan banjir di kawasan tersebut dan peningkatan paras air sungai Linggi.

Dalam video berdurasi 32 saat itu memaparkan buaya itu merangkak di atas jambatan.

RAKAMAN video seekor buaya yang naik ke jalan raya dalam kejadian di sebuah jambatan di percayai di Linggi, Port Dickson berikutan banjir di kawasan tersebut dan peningkatan paras air Sungai Linggi.-MEDIA SOSIAL

“Buaya naik jambatan, buaya naik jambatan guys”,” kata perakam video berkenaan.

Manakala dalam sebuah lagi video berdurasi 15 saat dipercayai berlaku di lokasi sama menunjukkan beberapa lelaki melihat kelibat buaya itu dan berdiri pada jarak dekat yang boleh merbayakan mereka.

Linggi merupakan antara kawasan terjejas teruk dalam kejadian banjir di daerah ini yang bermula sejak awal pagi tadi susulan hujan lebat yang tidak berhenti sejak petang semalam.

Sungai Linggi sememangnya di kenali sebagai habitan buaya tembaga di Negeri Sembilan.

BACA JUGA : Tiro dinobatkan juara Maharaja Lawak Mega 2021
Selepas pecat 900 pekerja dalam meeting online, CEO ini dicutikan serta merta

Artikel ini disiarkan pada 18/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)