[Video] Tular aksi buaya berenang sambil depa kaki depan, ini sebenarnya berlaku

[Video] Tular aksi buaya berenang sambil depa kaki depan, ini sebenarnya berlaku. Baru-baru ini tular video seekor buaya yang sedang berenang di sebuah sungai dalam keadaan kedua-dua kaki depannya terangkat ke atas permukaan air.

Foto-foto yang dirakam jurugambar hidupan liar, Janelle Fletche itu tular dan menimbulkan persoalan warganet; mengapa reptilia berkenaan beraksi sebegitu.

Menurut pakar buaya Big Gecko, Adam Britton, tujuan buaya mengangkat kaki depannya ketika berenang adalah untuk merasai sebarang pergerakan kecil di dalam air di sekelilingnya.

“Buaya mempunyai deria tekanan pada badan mereka, di sisi rahang mereka dan kaki depan.

“Ia boleh mengesan perubahan tekanan di dalam air. Jadi apa yang mereka lakukan adalah terapung di permukaan dan meregangkan kaki depan dan belakang mereka seperti itu,” katanya.

Gambar: Janelle Fletche/Daily Mail
Katanya, buaya juga dapat merasakan gelombang tekanan apabila ikan berenang menghampiri kepalanya.

“Apabila buaya merasakan gelombang tekanan itu, ia kemudian memusingkan kepalanya dan memakan ikan itu,” tambahnya.

Menurutnya, buaya biasanya akan berada dalam postur badan tersebut ketika memburu kumpulan ikan yang besar.

“Apabila berlaku perubahan air pasang di sungai, buaya tahu akan jumlah kumpulan ikan yang besar.

“Tetapi mungkin sukar untuk mengejarnya kerana ikan berenang terlalu cepat. Dengan menggunakan posisi ini, mereka hampr tidak menggunakan tenaga semasa menunggu ikan berenag ke arah mereka,” katanya.

Difahamkan, posisi unik itu pertama kali dilihat melibatkan buaya spesis Spectacle Camen di Amerika Selatan kira-kira 20 tahun lalu, maklum Adam.

“Orang pertama yang menerangkannya memanggilnya sebagai postur salib.

“Jika anda melihatnya dari atas, ia kelihatan seperti kaki depan dan belakang berbentuk ‘X’.

“Ia hampir seperti mereka yang terjun dari udara. Begitulah rupanya,” katanya lagi.

BACA JUGA |:Tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual – KKM
7 negeri diramal hujan lebat dan ribut petir malam ini, dinasihat ambil langkah berjaga-jaga
Tindakan Adun Bersatu didakwa bakal jadi ‘pencetus’ PRN Johor?

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)