[Video] Trafik tengah sesak, Menteri bawa polis nak lawat kawasan banjir… Sudahnya kena carut…

Trafik tengah sesak, Menteri bawa polis nak lawat kawasan banjir. Sudahnya kena carut.

Hari ini tular satu video di media sosial menunjukkan sebuah kereta yang dipercayai dinaiki seorang Menteri datang melawat ke satu kawasan di Shah Alam yang dilanda banjir.

Bagaimanapun, kedatangan beliau ke kawasan terbabit mengundang rasa kurang senang penduduk setempat.

Kereta yang dinaiki Menteri tersebut diiringi polis pengiring menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan tersebut.

[Video] Trafik tengah sesak, Menteri bawa polis nak lawat kawasan banjir... Sudahnya kena carut...

Menerusi satu rakaman video, orang ramai dilihat tidak berpuas hati dengan kehadiran Menteri terbabit yang didakwa hanya menimbulkan kekacauan dan kesesakan.

Menurut perakam, kehadiran beliau hanya menyebabkan keadaan semakin sulit dan sesak dan hanya menyusahkan orang ramai dan mangsa-mangsa banjir telah pun selesai mengurus kerosakan rumah masing-masing.

BACA JUGA : Awas !!! Musibah banjir jadi tumpuan pencuri
“Janganlah jerit-jerit dekat saya…. Saya tak biasa orang jerit-jerit dekat saya”

Artikel ini disiarkan pada 24/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)