[Video] ‘Sumbangan Kafir Miskin’ buat orang confius nak derma

[Video] ‘Sumbangan Kafir Miskin’ buat orang confius nak derma.Selalunya masa korang tengah makan dekat warung atau mamak, pernah tak jumpa dengan peminta sedekah yang datang meja ke meja? Biasanya diorang akan bawa tisu atau kotak untuk orang ramai memberikan sumbangan kepada mereka.

Menariknya di Indonesia, ayat yang dicetak pada kotak sedekah ini telah menarik perhatian orang ramai. Menerusi akaun Tiktok @evamandasarilubis4, wanita peminta sedekah ini membawa sebuah kotak sedekah bertulis “Sumbangan Kafir Miskin”, di mana sangat jelas yang ia merupakan typo.

Namun, video ini masih menarik perhatian netizen kerana perkataan ‘fakir’ dan ‘kafir’ membawa dua konteks yang sangat berbeza, di mana fakir bermaksud orang yang kurang pendapatan atau miskin, manakala kafir pula biasanya merujuk kepada orang bukan islam.

@evamandasarilubis4Balas @akun_resmi_presiden_ri uda ni mentahan nya sumbangan jangan lupa 😂😂😂

♬ suara asli – Eva Manda Sari Lubis

Bukan itu saja, ia bertentangan dengan pemakaian wanita tersebut yang lengkap bertudung dan menutup aurat. Bukan itu saja, ia juga ‘lari tema’ daripada perkataan basmalah yang diletak pada bahagian atas kotak tersebut.

Video berdurasi 12 saat ini turut memaparkan dua orang pemuda tidak menghiraukan peminta sedekah tersebut, namun typo pada kotak tersebut menjadikan klip itu tular hingga mencapai lebih 300 ribu like di laman Tiktok.

Rata-rata komen netizen terhibur dengan video tersebut seperti yang dilihat di bahagian komen. Ada yang menegur kesalahan ejaan wanita tersebut, ada juga menyifatkan ia dark joke. Ada juga netizen yang berasa serba salah untuk hulurkan sedekah atau tidak.

BACA: Panas !!! Senator Pas dakwa antara punca remaja bunuh diri kerana terpengaruh drama Korea

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA: [Video] ‘Sumbangan Kafir Miskin’ buat orang confius nak derma […]

  • comment-avatar

    […] BACA: [Video] ‘Sumbangan Kafir Miskin’ buat orang confius nak derma […]

  • comment-avatar

    […] BACA: [Video] ‘Sumbangan Kafir Miskin’ buat orang confius nak derma […]