Video remaja perempuan lalok mengaku ambil pil terlarang jadi bualan

Video remaja perempuan lalok mengaku ambil pil terlarang jadi bualan

Video remaja perempuan lalok mengaku ambil pil terlarang jadi bualan. Sedih bila lihat anak muda kita jadi macam ni. Memang betullah perlu banyak lagi drama atau filem macam Mat Kilau tu, sekurang-kurangnya adalah juga semangat. Ini tidak, terpengaruh dengan banyak benda tak baik dekat dunia luar sampai jadi macam ni.

Ohmedia sebenarnya sedih bila lihat video yang tersebar dekat TikTok sekarang yang menunjukkan seorang remaja perempuan berada dalam keadaan terhuyung hayang dipercayai lalok.

Video itu dikongsikan oleh @nrathirah_m yang mendakwa remaja tersebut dan seorang lagi teman sedang meminta bantuan adik lelakinya untuk hantar pulang ke rumah.

Adiknya kemudian meminta @nrathirah_m menjemput kakaknya sebelum merakam keadaan mereka.

Aku dengan adik lelaki aku dan anak buah aku tengah buat kerja dekat kedai kakak aku lipat kain. Diorang dua orang. Sorang tak khayal, yang sorang tu call adik aku suruh ambil diorang dekat sebuah rumah hantar diorang balik ke rumah diorang. Jadi adik aku minta tolong aku ambil diorang.

Video remaja perempuan lalok mengaku ambil pil terlarang jadi bualan

Okey boleh, aku ambil diorang tapi hantar lewat sikit sebab nak settle kerja dekat kedai. Aku pun pergi ambil dari kedai kakak aku, dalam 10 minit sampai dekat diorang dengan syarat tolong aku lipat kain dekat kedai.

Diorang okey dan aku ambil diorang dekat sebuah rumah ada lelaki yang bawa diorang dan tinggal macam tu saja. Sampai dekat kedai, seorang budak jadi macam ni (lalok). Masa ni kami takut sangat tak tahu nak buat apa, sampai adik aku nak letak je budak ni dekat mana-mana.- Kongsinya.

Pengguna TikTok itu turut mendakwa remaja ini sudah semalaman tidak balik rumah. Rata-rata netizen persoal mengapa tak hantar sahaja ke balai polis. @nrathirah_m bagaimanapun menjelaskan mereka tak buat macam tu sebab kesian dengan remaja terbabit.

VIDEO: https:// www.tiktok.com/@nrathirah_m/video/7113903728842771738?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fohmedia.my%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fohmedia.my%2Fohtidak%2Ftersebar-video-remaja-perempuan-didakwa-lalok-dan-mengaku-ambil-pil-terlarang%2F&referer_video_id=7113903728842771738

 

Pil telarang dalam bahasa Kelantan dipanggil epang

Jadikanlah perkongsian ini sebagai pengajaran kepada kita semua. Jika kita nampak anak muda lakukan aktiviti kurang sihat atau pergaulan bebas, dekatilah mereka dan bimbinglah jika mampu. Takut sangat apa-apa jadi dekat keluarga kita sendiri.

BACA:

Wajib ada dos penggalak masuk shopping mall – Menteri

Kantoi..pasangan pelakon Malaysia duduk satu bilik ketika bercuti di Eropah

Wanita tetap ambil baju kahwin idaman RM8K sambil menangis, rupanya majlis nikah batal

CATEGORIES