VIDEO : Presiden GAMIS teruk dikecam kerana persenda dan guna kemudahan OKU

VIDEO : Presiden GAMIS teruk dikecam kerana persenda dan guna kemudahan OKU

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam, sayap mahasiswa Pas dikecam teruk oleh pengguna twitter dan media sosial yang lain kerana memuatnaik status gurauan yang dianggap jelik oleh ramai pihak.

Status itu disertakan dengan video pendek seorang yang beraksi sebagai OKU sedang berjalan menghampiri kereta dengan status “Demi mendapatkan parking di masjid, maka salah seorang sahabat kami dikorbankan untuk menjadi pelakon utama”.

Status itu mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai yang menganggap presiden GAMIS itu mempersenda orang OKU serta sanggup menipu untuk menggunakan kemudahan OKU.

Beberapa reaksi diterima antaranya ” Aksi Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) iaitu sayap mahasiswa PAS yang sangat kurang ajar mempersenda malah menghina golongan OKU.

Mujahid Cyber Army mana? Tolonglah bersuara. Benda salah dan bodoh begini harus dikecam dan betulkan.”

“Inilah dia Zofrie, Presiden GAMIS yang memuat naik video bangang rakannya yang mempersenda golongan OKU untuk mendapatkan parkir.

Adakah perlu anak muda terutamanya mahasiswa menerima GAMIS ini di dalam kampus? Fikirkan”

Pelbagai lagi kecaman diterima bila video tersebut mula viral dan orang ramai tidak boleh menerima gurauan sebodoh itu dari seorang yang mengaku Presiden mewakili gabungan mahasiswa Islam.

Sumber :