Pesakit menjerit ketakutan, tengok frontliners disangka pocong.Dalam keadaan pandemik COVID-19, sudah menjadi kewajiban untuk setiap petugas barisan hadapan memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) terutama petugas kesihatan yang menjaga dan merawat pesakit COVID-19.
Seperti yang diketahui, bukan mudah untuk bekerja ketika memakai PPE kerana ia ‘menutupi’ seluruh tubuh dan membuatkan mereka sentiasa bermandi peluh.
Namun, baru-baru ini tular kejadian lucu berkait dengan petugas kesihatan yang memakai PPE.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, seorang pesakit menyangka bahawa petugas yang datang untuk memeriksanya itu adalah hantu.
Pesakit itu dilihat menjerit dan terkejut dengan kehadiran petugas itu sehingga membuatkan pesakit lain di sebelahnya turut tersedar dari tidur.
Petugas tersebut pula cuba menenangkannya dan menyuruhnya memperlahankan suara.
@nam1310199Cái qq gì dẫy 😢😢 tội chú đang ngủ♬ nhạc nền – Nam Cà Mau
Kejadian yang dirakam CCTV itu juga memperlihatkan beberapa petugas lain datang setelah mendengar jeritan pesakit itu.
Setelah mengetahui perkara sebenar, salah seorang petugas dilihat tidak dapat menahan ketawa kerana situasi yang melucukan itu.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 7.1 juta tontonan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video itu dan turut terkejut mendengar suara jeritan pesakit tersebut.
Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/04/video-pesakit-tiba-tiba-menjerit-sangkakan-frontliner-pakai-ppe-macam-hantu-pocong/