[VIDEO] Myvi berpusing selepas memandu ‘Zig Zag’

Tidak dapat dinafikan kereta Perodua Myvi adalah kenderaan paling banyak kita dapat lihat atas jalan raya. Sehinggakan ada group Facebook khas dengan nama ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini’ yang berkongsi apa sahaja gambar, video dan kejadian yang melibatkan Myvi.

Baru-baru ini, group itu berkongsi satu video kemalangan melibatkan Myvi berwarna kuning yang berlaku pada hari Sabtu lalu. Kemalangan itu dipercayai berlaku di susur keluar Lebuhraya MEX menuju Seri Kembangan, Selangor kira-kira jam 6.21 petang.

Myvi kuning dipandu secara zig-zag dan rempuh belakang kereta lain

Kemalangan Myvi kuning ini berjaya dirakam dashcam bahagian belakang kereta yang dirempuh. Dalam rakaman selama 44 saat itu, Myvi berkenaan dilihat dipandu secara laju dan memotong beberapa kenderaan secara zig-zag. Entah bagaimana tiba-tiba Myvi berkenaan terlanggar bahagian belakang kenderaan di depan ketika cuba memotong dan hilang kawalan sebelum terbalik.

Myvi berpusing selepas memandu 'Zig Zag'

Video rakaman dashcam belakang kemalangan melibatkan Myvi kuning

Seram betul bila tengok Myvi kuning tu terbalik dan berpusing-pusing. Macam manalah perasaan pemandu dan penumpang dalam kereta waktu tu? Memetik laporan Pandulaju, video rakaman dashcam ini dikongsikan oleh Nazreeq Nizam yang merupakan rakan kepada pemilik asal dashcam berkenaan.

Kereta Honda FR-V yang dirempuh dari arah belakang itu turut dilaporkan mengalami kerosakan. Rim kanan MPV itu bengkok dan tayar pancit, panel fender sisi juga remuk teruk.

Pemandu Myvi hilang tapi penumpang Myvi masih dalam kereta?

Nazreeq turut memaklumkan rakannya telah memeriksa keadaan pemandu Myvi dan mendapati hanya penumpang yang cedera parah sahaja berada di dalam. Pemandu tidak diketahui berada di mana.

Saya sampai driver Myvi itu sudah tak ada. Penumpang cedera teruk juga. – Kata rakannya.

Apapun semoga semua yang terlibat kembali pulih seperti biasa. Turut menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa memandu berhati-hati dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga membahayakan orang sekeliling.

BACA JUGA : Mahkamah diberitahu 1MDB diurus seperti ‘kedai kopi’ Jalan Petaling
[VIDEO] Tular pemilik tutup kedai bila nampak Najib

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : [VIDEO] Myvi berpusing selepas memandu ‘Zig Zag’ […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : [VIDEO] Myvi berpusing selepas memandu ‘Zig Zag’ […]