[Video] Misteri Myvi dipandu hanya 10 km/j di jalan sunyi

Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J bikin orang ramai bimbang.Segelintir pemandu Malaysia mempunyai pelbagai ragam yang membuatkan pengguna jalan raya lain terpaksa bertolak-ansur bagi memastikan kelancaran perjalanan semua pihak.

Terbaharu, pengguna media sosial sedang berbual mengenai satu video yang tular di mana sebuah Myvi bergerak pada kelajuan 10km/j sahaja di satu jalan yang kosong.

Di dalam video tersebut kedengaran pemandu lori tersebut mengomel kerana tidak dapat menahan sabar dengan kereta Myvi putih yang bergerak sangat perlahan sehingga mengganggu perjalannya.

Perbuatan pemandu Myvi tersebut telah membuat orang ramai tertanya-tanya, apakah yang terjadi kepada pemandu serta kereta tersebut.

Ada yang memberi tanggapan bahawa pemandu tersebut mengalami sakit atau kereta Myvi tersebut mengalami kerosakkan sehingga kereta dipandu begitu perlahan sekali.

Sumber: https://www.thevocket.com/orang-ramai-bimbang-keselamatan-warga-emas-pandu-myvi-cuma-10km-j-di-jalan-raya/

BACA: Panas !!! Melaka bakal darurat? Ini jawapan PM