[Video] Mengejutkan !!! Kepala air landa kaki Gunung Jerai

Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

“Dari pagi hujan lebat di atas Gunung Jerai, namun di bawah ini hujan tidak begitu lebat.

“Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga merosakkan kawasan itu.

Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai

“Kampung yang berada di kaki Gunung Jerai juga dinaiki air. Paling teruk yang berdekatan sungai. Malah pekan Yan turut dilanda banjir. Ini kerana lokasinya yang terletak di tepi laut.

“Paras air laut pula kebetulan ketika ini agak tinggi atau digelar air mati. Jadi ia menyebabkan banjir lambat surut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, mereka menerima banyak laporan dan sedang menjalankan operasi.

Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai, turut akibatkan banjir di kawasan sekitar

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bencana-kepala-air-landa-kaki-gunung-jerai-akibatkan-kerosakan-banyak-kawasan-banjir-314788

BACA JUGA : Wakil Malaysia Timur berpeluang cerah jadi PM, tapi tiada sokongan – Shafie

COMMENTS

Wordpress (0)