Video lelaki rempuh masuk rumah culik bekas isteri jadi tular, "gila talak dah dia ni"

Video lelaki rempuh masuk rumah culik bekas isteri jadi tular, “gila talak dah dia ni”

Video lelaki rempuh masuk rumah culik bekas isteri jadi tular, “gila talak dah dia ni”. SEORANG lelaki bertindak menceroboh rumah bekas isterinya dan menculik wanita itu pada malam Selasa.

Kejadian itu dapat dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah wanita berkenaan.

Menerusi rakaman itu, kelihatan bekas suami wanita malang itu merempuh masuk ke dalam rumah sebelum mengheretnya keluar.

Mangsa memaklumkan, ia adalah kejadian kali kedua yang mana bekas suaminya cuba menculiknya.

Pada pukul 10.25 malam, suspek dikenali sebagai Jeerawat merempuh dinding rumah dan mengheretnya keluar dari kediaman wanita berkenaan.

Video lelaki rempuh masuk rumah culik bekas isteri jadi tular, "gila talak dah dia ni"

Suspek dilaporkan memasukkannya ke dalam kereta dan membawanya ke wilayah Phetchaburi di barat Thailand, demikian menurut laporan Thaiger.com.

Mangsa, Wisaruta berkata, dia berjaya melarikan diri dan menghubungi polis yang kemudian membawanya pulang ke rumah di wilayah Nakhon Pathom.

Ketika menceritakan kejadian itu kepada polis, Wisaruta berkata, dia dan bekas suaminya mengalami masalah rumah tangga pada tahun ketiga perkahwinan mereka.

“Kami berpisah seketika namun kembali bersama. Bagaimanapun, hubungan kami tidak bertambah baik malah lebih kerap bertengkar hingga dia sering mengasari saya,” kata Wisaruta.

Wisaruta berkata, dia tidak tahan dengan sikap panas baran bekas suaminya yang suka naik tangan.

Katanya lagi, Jeerawat turut bersangka yang dia mahu meninggalkan lelaki itu kerana mencintai orang lain.

Tambahnya, Jeerawat juga pernah menculiknya sekali sebelum ini, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Polis menyoal siasat Jeerawat di Balai Polis Sampran yang mana dia meminta maaf atas tindakannya yang ganas.

Jeerawat mendakwa, dia berdepan tekanan dan menghadapi masalah hutang. Bekas isterinya bagaimanapun tidak membuat sebarang dakwaan terhadapnya.

BACA:

KJ bagi arahan tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang

Lizzy belanja gambar ‘panas’ dengan suami, sekali netizen perasan sesuatu

Lelaki berputih mata SUV Lexus miliknya hilang dilarikan pusat servis, baru pakai 6 bulan

CATEGORIES