[VIDEO] Lelaki parah ditetak gara-gara burung

Seorang lelaki parah selepas ditetak tiga lelaki dalam pergaduhan yang berpunca daripada kehilangan seekor burung murai peliharaannya di Kampung Pauh Jabit, Tawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang, mangsa Mohd Roslaidi Arifin, 42, putus ibu jari kanan, luka di bahagian atas kepala, betis kanan serta lutut kiri.

Katanya, berdasarkan siasatan mangsa mencari seorang lelaki bernama Farid untuk berbincang mengenai kecurian burung peliharaannya, iaitu spesies murai batu yang didakwanya telah dicuri Farid, dua hari lepas.

“Mangsa datang ke tempat kejadian yang merupakan rumah seorang lelaki bernama Jiji, iaitu rakan kepada Farid kerana dia (Farid) sering melepak di situ. Namun, Farid tiada di tempat kejadian dan mangsa bertindak menggari Jiji untuk dijadikan tebusan.

“Semasa kejadian, mangsa diserang oleh tiga suspek, iaitu Jiji, Jimi dan seorang lagi tidak dikenali dengan menggunakan sebilah golok dan pedang sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail, mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia dekat Kota Bharu, malah pihaknya juga sudah mengenal pasti ketiga-tiga suspek dan sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/23/bergaduh-kerana-murai-batu-hilang-lelaki-parah-ditetak/

Baca Juga : Panas !!! Pejuang mahu tanding 120 kerusi Parlimen

COMMENTS

Wordpress (0)