Video lelaki menangis sambil jalan kaki tengah malam tular, "tunang buat hal.."

Video lelaki menangis sambil jalan kaki tengah malam tular, “tunang buat hal..”

Video lelaki menangis sambil jalan kaki tengah malam tular, “tunang buat hal..”. Setiap pasangan yang bercinta pastinya mempunyai keinginan untuk mengakhiri hubungan dengan mendirikan masjid. Namun hakikatnya pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi bersama.
Kecewa tunang buat ‘hal’

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki sedang menangis sambil berjalan sendirian pada waktu malam di kawasan yang agak gelap dan sunyi. Video tersebut dipercayai dirakam oleh individu yang melalui kawasan tersebut. Menerusi video tular, kelihatan seorang individu menghampiri lelaki berkenaan sambil bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam keadaan yang agak lemah dan sedih, lelaki itu memberitahu bahawa tunangnya membuat ‘hal’ dan meninggalkannya. Meskipun tidak menceritakan perkara sebenar secara terperinci, tetapi sudah pasti apa yang dilakukan tunangnya betul-betul memberi tamparan hebat sehingga membuatkan dirinya begitu kecewa. Namun individu yang berada di situ sempat menenangkan lelaki itu.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada warganet. Rata-rata daripada mereka akui sebak dan kasihan melihat keadaan lelaki itu. Tidak kurang juga ada di antara mereka mendoakan agar lelaki terbabit diberi kekuatan serta ketabahan bagi menempuhi ujian yang diberi.

Allahu, kesiannya. Semoga Allah beri jalan keluar untuk setiap kesulitan yang dia lalui.

Video lelaki menangis sambil jalan kaki tengah malam tular, "tunang buat hal.."

Sayang orang jangan melebihi diri sendiri. Semoga baik-baik saja ye dik.

Sabar bang, mungkin tunang abang tu bukan milik abang. Allah uji abang untuk dapatkan yang lebih baik.

Sabar bro, aku tahu rasanya macam mana. Kau kena kuat, Allah masih ada.

@jarrr00Masalah-masalah 😂 pening♬ original sound – 𝕵𝖆𝖗𝖗𝖔 – Ibu punya ✨

BACA:

Ini rupanya taktik licik penjual vape, “sampai libatkan kanak-kanak!”

Perangai jahat T20 diam-diam kutip selepas rider tinggalkan terbongkar, buat aduan makanan tak sampai pulak

Roti canai Malaysia cipta sejarah baru, tersenarai makanan nombor 1 top street food dunia

CATEGORIES