Video lelaki ‘balun’ kepala babi masa redah banjir kena kecam

Video lelaki ‘balun’ kepala babi masa redah banjir kena kecam. Video tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan seorang lelaki bertindak mengetuk kepala seekor babi hutan menggunakan dayung, menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @Kucing Kerong, kelihatan beberapa ekor babi hutan sedang berenang mengharungi banjir dan cuba mendekati sebuah bot yang dinaiki sekumpulan individu ketika melalui kawasan tersebut.

“Mangsa (babi hutan) banjir dipukul dengan dayung apabila cuba naik dalam bot,” ciapnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam pada itu, seorang lelaki bertindak mengetuk kepala haiwan berkenaan bagi menghalaunya pergi daripada terus mendekati bot mereka.

Video lelaki 'balun' kepala babi masa redah banjir kena kecam

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Kelantan apabila negeri tersebut dilanda banjir kilat sejak beberapa hari lalu ekoran hujan lebat berterusan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut kerana menurut mereka ia adalah bentuk penderaan terhadap haiwan dan disifatkan sebagai kejam.

“Ini jelas satu tindakan yang kejam, walaupun ia adalah haiwan liar mereka tidak menyerang tetapi hanya cuba menyelamatkan diri. Tidak perlu memukul, atau ketawa seperti orang bodoh,” kata seorang pengguna.

“Mereka yang cari masalah, pada awal video boleh kita dengar sekumpulan individu atas bot membuat bunyi salakan anjing, dan tindakan itu menarik perhatian babi hutan untuk datang dekat,” komen @Aliahsyuk.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna memberi pandangan positif terhadap situasi tersebut apabila tindakan lelaki itu dikatakan untuk mempertahankan diri daripada diserang haiwan berkenaan.

“Musim-musim banjir, ada haiwan yang akan lebih agresif, mereka itu hanya nak pertahankan diri dan daripada diserang, lebih baik bertindak awal daripada terbalik masuk air banjir,” ujar @Messii99.

BACA:

Kecoh cubaan merompak barang kemas oleh ‘Ustazah’, siap acu pisau

Orang ramai teruja tengok pandu uji Proton X90

Buah Nangka buat perut masuk angin? Ini penjelasan sebenar

Baca Artikel Penuh