[Video kejadian dalam artikel] Pekan Mundok meletup macam kena bom, bergegar sampai Kelantan, rupanya ini yang jadi

[Video kejadian dalam artikel] Pekan Mundok meletup macam kena bom, bergegar sampai Kelantan, rupanya ini yang jadi

Penduduk daripada beberapa kampung di sempadan Malaysia-Thailand, di sini, dikejutkan dengan bunyi letupan

dipercayai akibat kedai mercun di pekan Mundok, Thailand meletup dan terbakar jam 4 petang tadi.

[Video kejadian dalam artikel] Pekan Mundok meletup macam kena bom, bergegar sampai Kelantan, rupanya ini yang jadi

Penduduk, Mohd Zamri Adnan, 32, berkata ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur dan segera bangun apabila mendengar letupan yang kuat sehingga menggegarkan kediaman rumahnya.

Katanya, dia bersama jiran lain keluar daripada rumah dan meninjau kawasan tepi sungai memandangkan kediaman mereka hanya berjarak beberapa meter sahaja daripada Sungai Golok yang memisahkan pekan Mundok dan Kampung Jeram Perdah.

“Pada awalnya, kami semua juga memikirkan ia adalah letupan bom sebelum saudara di sebelah sana memaklumkan bahawa terdapat kedai mercun terbakar.

“Malah, kami juga dapat melihat asap tebal selain mendengar beberapa letupan kecil selama beberapa minit. Kami masih belum menerima maklumat sahih tentang berapa ramai yang cedera tetapi melalui video yang tersebar menunjukkan terdapat penduduk yang cedera.

“Terdapat juga penduduk daripada kampung lain yang datang ke tebing sungai kerana mereka juga turut merasa gegaran selain beberapa anggota polis yang meninjau keadaan di sini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Manakala, penduduk, Ismail Muda, 72, berkata kejadian letupan berkenaan sangat kuat menyebabkan dia dan sekeluarga panik dan menyangka ia adalah letupan bom.

“Kami sebenarnya pernah berhadapan dengan situasi ini apabila berlaku kejadian bom meletup di sempadan Thailand, oleh itu kami ingatkan kali ini juga berlaku insiden yang sama.

“Bagaimanapun, saya juga dimaklumkan oleh anak bahawa ia hanya letupan kedai mercun kerana dia mendapat informasi melalui media sosial kerana kejadian ini dikatakan sudah menjadi viral,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian letupan itu.

Menurutnya, namun pihaknya sudah dimaklumkan bahawa insiden itu berlaku di sebelah Thailand.

BACA: Tiba-tiba kena lilit ular sawa masa berseorangan, abang bomba ini ajar cara lepaskan belitan ular