[VIDEO] Gempar !!! Tok Mat dedah ‘perangai’ Bersatu dalam rundingan kerusi

Buat pertama kali Tok Mat Hasan bercerita secara terbuka tentang perangai PPBM dlm perundingan kerusi parlimen.

“Saya pun tak paham laa..sorry mintak maaf cakap..ini ‘first time’ saya cakap ‘why must you disturb our market share?’ PPBM, mengapa kau nak mengacau UMNO punya rumahtangga? Mengapa PPBM nak berkubang dlm kubang kita? Kau berkubanglah dlm kubang PAN, kubang PKR tu..’the market is much bigger there..you practice kan laa blue ocean strategy because here is already red ocean’..dah ‘already crowded’..’UMNO and PAS dah already crowded’ dlm ni, nak datang pulak lagi sorang dan ‘to take our market share’. ‘Of course’ laa org UMNO tak suka. Tambah pulak ada gerakan2 dibuat itu ini utk melemahkan UMNO. ‘Off course UMNO not comfortable at all’.

“Don’t blame UMNO’. Kita dah bersetuju dah bagi kau, kita sokong walaupun kau 13 kerusi kau PM, tak apa kita setuju..walaupun UMNO tak ada jawatan2 penting, jawatan kanan, tak apa kerana kita dah berjaya jatuhkan DAP. Itu asas dia. Sekarang ini main cerita UMNO tamak kuasa lah tak dapat jawatan lah..’come on man why can’t you go disturb PKR, disturb PAN? their market share even bigger there’. Campur PKR campur DAP ada situ dekat 100 kerusi.

“Pulak tu semuo kobau yg nak berkobang tu tanduk runcing. Tau tak kobau tanduk runcing? Kobau tanduk runcing ni kalau dio tak menebong pun bergesel pun luko. Kobau tanduk runcing ni bidalan pepatah org tuo2 jangan bawak masuk kobau tanduk runcing dlm kandang abih kobau lain luko. Berkubanglah dokek PAN, PAN ada berapa kerusi, kau berkubanglah dekat PKR, PKR ada banyak kerusi, berkubanglah tempat DAP..’go and fight there, we will help you’. Apa nak amek kerusi kita?

“Something is not right somewhere. In any organisation especially in corporate sector you disturb my market share I WILL RETALIATE. It’s not that we want to kill anybody..but you are undermining us, you want to kill us’. Tak kan kita dayus, org UMNO dayus kita diam je?..’no way’. Saya Timbalan Presiden parti ‘I will fight to the end’. ‘I don’t mind’ kita jalinkan kerjasama. ‘I understand’ kita jalinkan kerjasama kita akan mendapat byk faedah tetapi jangan ‘undermine’ kita, jangan ambil ‘market share’ kita.

*Nota. Tok Mat merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi bagi UMNO.

Sumber:
(Video bermula dari minit 54:36)

 

COMMENTS

Wordpress (0)