[VIDEO] Gempar !!! Bangunan berhampiran residensi PV 9 Setapak terbakar

Sebuah bangunan dalam pembinaan musnah dalam satu kebakaran di tapak pembinaan Vista Wirajaya 2, Persiaran Pertahanan berhampiran residensi PV 9, Setapak di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pada pukul 11 pagi itu berlaku di tingkat dua di kawasan tempat letak kereta bangunan tersebut.

Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan berkata, kawasan tempat letak kereta di tingkat dua tersebut dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.

Bangunan berhampiran residensi PV 9 Setapak terbakar

Bangunan dalam pembinaan berhampiran residensi PV 9, Setapak yang sedang marak terbakar. FOTO IHSAN BOMBA KL

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Hang Tuah, Sentul, Setapak dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati api sedang marak di tingkat dua dan memusnahkan bangunan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11.51 pagi dan menyebabkan bangunan tersebut terbakar seratus peratus.

“Setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya.

@kakngah_monaPV9 terbakar.. harap tidak kemalangan jiwa yg berlaku.. kredit: warisan tqkwa taman Melawati naungan KL..♬ bunyi asal – Kak_Ngah

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/18/tindakan-pantas-bomba-berjaya-elak-kebakaran-merebak-2/

BACA JUGA : Setelah gagal dibawa pulang, Sajat kembali beraksi di media sosial

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : [VIDEO] Gempar !!! Bangunan berhampiran residensi PV 9 Setapak terbakar […]