[Video] Bengang kes asyik tinggi, netizen buang 3 negeri dari peta semenanjung

Bengang kes asyik tinggi

Bengang kes asyik tinggi, netizen buang 3 negeri dari peta semenanjung. Mungkin marah atau bengang kes Covid-19 harian tidak menunjukkan tanda penurunan, ada individu sanggup ‘mengubah’ peta Semenanjung Malaysia dengan membuang beberapa negeri bagi mengurangkan kes.

Aksi ‘lucu’ tersebut dipaparkan dalam sebuah video di laman sosial TitTok yang dimuat naik individu dikenali sebagai @alin7006 sebelum ia tular di media sosial.

Bengang kes asyik tinggi

Menerusi klip video berdurasi 13 saat itu, antara negeri yang telah ‘dibuang’ dalam peta itu adalah Selangor, Kuala Lumpur dan daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Ini kerana ketiga-tiga kawasan ini adalah penyumbang terbesar kes positif Covid-19 ketika ini.

Selepas ‘dibuang’ ketiga-tiga kawasan itu, kelihatan angka kes positif terus merudum ke bawah paras 2,745 kes sehari.

Susulan video itu, orang ramai amat menyokong langkah ‘membuang’ tiga kawasan itu buat sementara waktu dalam peta Semenanjung.

“Kalau betul kes dah kurang macam ini minggu depan dah boleh minta cuti, kemas barang dan balik kampung,” kata seorang pengguna dikenali sebagai @Muhammad79.

Pada masa sama, mereka yakin jika kerajaan membuat sesuatu seperti perintah berkurung sepenuhnya di ketiga-tiga negeri itu, pasti angka positif akan turun dengan mendadak

@alin7006##kitasupportkita ##staysafe ##tenangisgood ##stayhome ##SmileStrong2021 halah3 sape la yg rajin edit ni? 🤭🤭😬😁♬ original sound – Umie Tuyut

 

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/30/buang-tiga-negeri-kes-covid-19-turun/

Jika Anda terlepas: PDRM ambil alih kawal sempadan dari AKSEM – Menteri

COMMENTS

Wordpress (0)