Video Azeem beraksi di final kejohanan dunia jadi perhatian

Video Azeem beraksi di final kejohanan dunia jadi perhatian

Video Azeem beraksi di final kejohanan dunia jadi perhatian. Bintang muda negara, Muhammad Azeem Fahmi menamatkan saingan final acara 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia dengan berada di tempat kelima daripada lapan peserta, sebentar tadi.

Azeem mencatat 10.14 saat (s) pada saingan final yang berlangsung di Stadium Pascual Guerrero Olympic sekali gus memperbaiki catatan dilakukannya pada separuh akhir sebelum itu, 10.19s.

Atlet Botswana, Letsile Tebogo muncul juara dengan catatan 9.91s manakala tempat kedua dimenangi Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica, 10.02s.

Tempat ketiga diraih atlet Afrika Selatan, Benjamin Richardson yang melakukan 10.12s dan wakil Thailand, Puripol Boonson berada di tempat keempat (10.12s).

Pada peringkat separuh akhir sebelum itu, Azeem menamatkan saringan ketiga di tempat kedua dengan catatan 10.19 saat (s) di belakang atlet Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie, yang melakukan 10.11s.

Video Azeem beraksi di final kejohanan dunia jadi perhatian

Semalam, Azeem mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s sekali gus mengungguli saingan bagi saringan lapan dan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Catatan direkodkan Azeem itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

@wgw678_77 #worldathleticschamps 2022 #azeem #paduu ♬ original sound – wgw678

BACA:

‘Fuh..selamba je dia ni hidu gam sambil bawak motor’

Geram cari pantai tak jumpa, pelancong ni selamba berjemur tengah KL

Baru umur 10 tahun dah ada asset RM65 juta!

 

CATEGORIES