Veteran PAS, Pak Subky meninggal dunia

Veteran PAS, Pak Subky meninggal dunia

Bekas wartawan kanan dan veteran Pas, Subky Latif dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak-anaknya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” kata mereka.