Vellfire hancur berlanggar motosikal, seorang maut

Vellfire hancur berlanggar motosikal, seorang maut.Seorang pembuat barangan perabot maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna dinaiki empat sekeluarga di hadapan sebuah stesen minyak di kilometer 3.3, Jalan Machang-Tanah Merah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Fakhrur Radzi Yahani, 24, yang mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan meninggal dunia di lokasi kejadian .

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash Revo dipercayai tiba-tiba keluar dari simpang sebuah stesen minyak menghala ke Machang.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan MPV jenis Toyota Vellfire yang dinaiki empat sekeluarga tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk proses bedah siasat.

“Manakala pemandu MPV, isteri bersama ibu dan bapanya turut cedera dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Tular video treler dipandu wanita langgar penunggang motosikal sedang isi angin

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 2 days

    You could certainly see your enthusiasm within the paintings you write. The world hopes for more passionate writers such as you who aren’t afraid to say how they believe. At all times go after your heart. “Billy Almon has all of his inlaw and outlaws here this afternoon.” by Jerry Coleman.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Vellfire hancur berlanggar motosikal, seorang maut […]