Varian ‘misteri’ disyaki cetus kes kematian yang ramai di Tanjung Agas

Varian

Varian ‘misteri’ disyaki cetus kes kematian yang ramai di Tanjung Agas. Jabatan Kesihatan Johor mengesyaki ada jangkitan COVID-19 membabitkan ‘variant of concern’ (VOC) di sebuah kilang elektronik di Tanjung Agas, Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata ia disebabkan bilangan kematian yang dilaporkan tinggi membabitkan 13 pekerja setakat ini, walaupun masih belum ada pengesahan varian melalui ujian makmal, setakat ini.

Katanya, Jabatan Kesihatan Johor mengesahkan insiden yang berlaku di kilang elektronik berkenaan yang tular di media sosial, membabitkan Kluster Persiaran Agas.

Varian

“Kluster Persiaran Agas diisytiharkan pada 9 Julai lalu membabitkan pekerja daripada sebuah kilang elektronik pembuatan semikonduktor di Tanjung Agas, Tangkak.

“Sehingga semalam, jumlah kes yang dilaporkan di dalam kluster ini sebanyak 462 kes dengan sejumlah 13 kematian dilaporkan membabitkan kluster berkenaan, setakat ini.

“Dari bilangan itu, seramai 207 (44.8 peratus) orang membabitkan pekerja kilang itu, 155 warga tempatan, manakala 52 kes bukan warganegara.

“Sebanyak 255 kes lain kes yang dilaporkan dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan pekerja kilang itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/844798/varian-baharu-merebak-di-tanjung-agas

jika Terlepas: Panas !!! Polis bakal ambil keterangan Nadir dan Caprice

Artikel ini disiarkan pada 30/07/2021

COMMENTS