Van putih ini didakwa diguna untuk culik budak, sekali rupanya..

Van putih ini didakwa diguna untuk culik budak, sekali rupanya..

Van putih ini didakwa diguna untuk culik budak, sekali rupanya. Sejak akhir-akhir ini kecoh di sosial media dengan pelbagai dakwaan kes culik yang sedang berleluasa di serata negara. Dakwaan tersebut telah mengundang rasa resah orang ramai yang risaukan akan keselamatan diri dan anak-anak mereka.

Sementara itu, polis Kelantan mohon kerjasama orang ramai untuk hentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menakutkan orang ramai. Ini kerana ada dakwaan cubaab culik kanak-kanak di kawasan sekitar sekolah yang berlegar di sosial media adalah tidak berasas.

Terbaharu satu lagi dakwaan mengenai sebuah van putih culik budak di Ipoh pula menjadi perhatian ramai di sosial media. Dakwaan menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok ini telah meraih hampir sejuta tontonan.

Berikut adalah perkongsian rakaman dakwa van putih culik budak tersebut yang telah mencuri perhatian warganet itu:

@borak_viral88 Hati-Hati guys sekarang dorang banyak duduk depan sekolah rendah, ibu bapa tolong siap2 tunggu anak lebih awal daripada anak keluar sekolah, kejadian tak diingini boleh berlaku #fyp #berita #borakviral #kesculik #tiktok ♬ Ya Allah – Wali

Van putih ini didakwa diguna untuk culik budak, sekali rupanya..

Bagaimanapun, menerusi penjelasan seorang lelaki yang juga penduduk di kawasan perumahan itu lain pula kisahnya. Menurut lelaki ini, van putih yang kecoh dikatakan berlegar-legar di kawasan perumahan berkenaan adalah salah faham.

Katanya van itu adalah milik sub contractor di Mydin dan mereka menginap di homestay di taman perumahan berkenaan. Tambahnya lagi sudah tentu kita perlu berhati-hati, serta perlu diingat untuk sentiasa menjaga keselamatan.

Berikut antara reaksi ramai mengenai isu dakwa van putih culik budak telah dikongsikan ini yang ditinggalkan di ruangan komen:

@tuandenankes selesai..

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

“Jangan panik ya. Sekarang ni dah banyak kes culik..Sebab tu kena berwaspada”

“Abis…Hahaha kesian subcon tu..Lepas ni compeny2 kena guna van warna lain selain putih haha”

“Kalau pikir logikkan, tak kan la dari dulu sampai sekarang diorang nak guna van putih untuk culik..”

BACA:

Pegawai khas MB didakwa menipu palsukan slip gaji

Lelaki dari British ini tak bagi makan nasi guna tangan, ini sebabnya

Facebook berdepan saman, jejak pengguna iPhone tanpa kebenaran

CATEGORIES