Vaksinasi ‘walk-in’ mulai 1 Ogos, siapa boleh dapat?

walk-in

Vaksinasi ‘walk-in’ mulai 1 Ogos, siapa boleh dapat?.  Inisiatif vaksinasi secara walk-in hanya untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu selepas tarikh 1 Ogos 2021 sahaja.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut bukan untuk orang ramai yang sudah diberikan janji temu.

“Contoh golongan yang belum mendapat janji temu ialah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan. Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat.

walk-in

“Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian juga digalakkan untuk mendaftar vaksinasi secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, tular di media sosial mengenai program vaksinasi secara walk-in di Selangor dan Kuala Lumpur bagi semua peringkat umur yang akan bermula pada 1 Ogos 2021 nanti.

Dalam kenyataan sama, CITF memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak.

Tambah kenyataan itu, PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in tersebut.

“Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
PPV IPP Tanjong Karang tetap operasi pada AidiladhaCovid-19: Banduan Penjara Labuan mula terima suntikan vaksinAPHM mudahkan perkongsian sumber merawat pesakit Covid-19
“Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes Covid-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” jelasnya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/150884/KHAS/Covid-19/Vaksinasi-walk-in-hanya-untuk-golongan-tercicir

jika Terlepas: Penggali kubur tak menang tangan urus jenazah Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)