Vaksin tercemar, 1.6 juta dos tak dapat digunakan

KKM

Vaksin tercemar, 1.6 juta dos tak dapat digunakan.Kira-kira 1.6 juta dos vaksin Moderna tidak akan digunakan di Jepun susulan pencemaran yang berlaku di dalam beberapa botol.

Menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kesejahteraan negara itu, beberapa pusat pemberian vaksin melaporkan terdapat botol mengandungi bahan asing.

Susulan itu, pihak kementerian akan berusaha untuk meminimumkan implikasi terhadap program vaksinasi negara itu bagi memastikan proses inokulasi terus berjalan lancar.

Untuk rekod, syarikat farmaseutikal Takeda mengendalikan pengagihan vaksin Moderna di negara itu.

Vaksin

Namun Moderna percaya ‘isu pengeluaran’ itu berlaku dari kilang di Sepanyol.

Moderna mengesahkan menerima beberapa laporan berkenaan pencemaran yang berlaku.

Lot vaksin berkenaan dan dua lot terdekat tidak digunakan.

Jurucakap Moderna memaklumkan pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut dan terus komited untuk menjelaskan perkara sebenar.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/vaksin-covid19-16-juta-dos-moderna-tercemar-316079

BACA:Tauke Jambu lega tidak didakwa atas tuduhan ‘bapa ayam’

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)