Vaksin pfizer kurang berkesan jika anda obes, kata Saintis

Vaksin pfizer kurang berkesan jika anda obes, kata Saintis

Beberapa hari lalu, negara kita dilaporkan telah selamat menerima bekalan vaksin jenama Pfizer dan Sinovac bagi membendung penularan wabak COVID-19 ini. Walau bagaimanapun, masih ramai yang meragui keberkesanannya. Namun, tahukah anda bahawa suntikan vaksin Pfizer dikhabarkan kurang berkesan kepada mereka mempunyai terlebih berat badan atau obesiti?

Menurut laporan akhbar Mirror UK, satu kajian telah dilakukan oleh para saintis di Itali di mana mereka mendakwa suntikan dua dos vaksin Pfizer kurang menampakkan kesan perlindungan kepada golongan obesiti atau sesiapa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30. Bagi mengetahui kiraan BMI, anda cuma perlu membuat kiraan berat badan (kilogram) dibahagikan dengan tinggi (meter) darab tinggi (meter).

Kepada sesiapa yang terlebih BMI, para saintis Itali secara kerasnya mendakwa bahawa golongan ini dipercayai memerlukan kadar dos suntikan vaksin Pfizer yang lebih banyak berbanding dua dos suntikan seperti disarankan oleh Pfizer untuk melindungi diri daripada terjangkiti COVID-19.

Hal ini disebabkan faktor kesihatan di mana para saintis tersebut berpendapat sesetengah daripada mereka yang berberat badan berlebihan hanya mendapat separuh perlindungan kesihatan antibodi untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19 walaupun setelah disuntik dua dos vaksin Pfizer.

Umum tahu bahawa antibodi serta sistem imun yang kuat mampu melawan dan menghentikan jangkitan virus COVID-19 ini. Berdasarkan pendapat pakar terdahulu, mereka yang berberat badan berlebihan juga tercenderung untuk menghasilkan sistem imun badan yang lemah.

Justeru, para saintis Itali ini merujuk dan mendakwa golongan obesiti lebih berisiko dari segi kesihatan sekiranya mereka tidak mendapat perlindungan diri dengan kadar dos dua suntikan Pfizer yang dikatakan kurang berkesan untuk melawan jangkitan COVID-19.

Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum ada kata sepakat yang kukuh untuk mengsahihkan bahawa suntikan vaksin Pfizer ini kurang berkesan kepada golongan obesiti kerana berdasarkan ujian suntikan vaksin Pfizer terhadap 248 orang obesiti di Institut Fisioterapici Ospitalieri di Rom, hanya 26 peserta sahaja dilaporkan mendapat separuh perlindungan antibodi daripada suntik vaksin Pfizer ini.

Berita Penuh :https://www.thevocket.com/kajian-dapati-vaksin-pfizer-kurang-berkesan-sekiranya-anda-obes/