Vaksin Pfizer dilapor tingkatkan risiko radang jantung

Pfizer

Vaksin Pfizer dilapor tingkatkan risiko radang jantung.Penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan BioNTech boleh meningkatkan risiko radang jantung, terutama golongan yang sudah dijangkiti coronavirus.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan Jurnal Perubatan New England, dalam setiap 100,000 orang yang menerima vaksin terbabit, satu hingga lima orang akan menghidapi myokarditis.

Kadar itu lebih tinggi iaitu 11 bagi setiap 100,000 orang, sekiranya mangsa sudah dijangkiti COVID-19.

Data berkenaan dikeluarkan beberapa hari selepas vaksin Pfizer menjadi vaksin pertama yang mendapat kelulusan penuh dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS).

Pfizer
Pengkaji membandingkan kadar risiko itu berdasarkan 884,828 individu yang sudah menerima vaksin dan jumlah sama mereka yang belum divaksin.

Secara keseluruhan, 21 orang dilaporkan mengalami myokarditis dalam kumpulan sudah divaksin, kebanyakannya lelaki muda, berbanding enam orang dalam golongan tidak divaksin.

Kajian juga dilakukan terhadap lebih 240,000 orang yang dijangkiti COVID-19 dan menunjukkan mereka lebih terdedah mengalami miokarditis.

Terdahulu, vaksin keluaran Pfizer dan Moderna menjadi perhatian pelbagai pihak selepas timbul beberapa laporan berkaitan kes radang jantung.

Kementerian Kesihatan Israel pada Jun lalu turut menyatakan kebarangkalian kaitan antara kes radang jantung dengan vaksin Pfizer.

Berit Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/08/856780/vaksin-pfizer-didakwa-tingkatkan-risiko-radang-jantung

BACA: Panas !!! Nazri umum bakal bersara dari dunia politik

COMMENTS

Wordpress (0)