Vaksin : EU tak iktiraf? Lantaklah, janji boleh balik kampung.“Tidak kisah vaksin AstraZeneca tidak diiktiraf EU, jadi, aku boleh balik kampung.”
Demikian antara sindiran orang ramai terhadap dakwaan Kesatuan Eropah (EU) yang mengatakan Sijil Digital Covid-19 EU hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA).
Menurut seorang pemilik akaun Twitter @AzrulIzzaham, tidak penting sama ada vaksin itu tidak diiktiraf EU atau sebaliknya, yang penting baginya adalah boleh balik berjumpa ibu bapa.
“Vaksin AstraZeneca ini diiktiraf EU atau tak diiktiraf itu tak penting. Yang penting, cukup dua dos boleh balik kampung jumpa mak ayah, ada rezeki dapat pergi umrah, jadilah,” ciapnya dalam Twitternya.
Hari ini media sosial kecoh dengan isu pengiktirafan vaksin oleh EU yang didakwa hanya meluluskan vaksin AstraZeneca dikeluarkan oleh negara-negara anggota EU.
Dalam maklum balas segera, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada EU berhubung dakwaan EMA hanya meluluskan vaksin AstraZeneca melalui Sijil Digital Covid-19 EU.
Malaysia berpandangan, jika sesuatu vaksin itu diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka, negara lain perlu memberi pengiktirafan kepada penerima yang menerima vaksin berkenaan.
Seorang lagi pengguna Twitter @IzzyWafi pula, dia tidak kisah sebarang jenama vaksin asalnya dapat balik kampung untuk bertemu ibu bapanya di Ipoh, Perak.
“Tidak payah kata nak travel (kembara) ke EU. Nak balik kampung dekat Ipoh pun belum lepas lagi,” katanya.
Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2021/07/tak-kisah-vaksin-tidak-diiktiraf-eu-asalkan-boleh-balik-kampung/