Vaksin Covid-19 berbahaya? Wanita tua berusia 124 tahun ini buktikan sebaliknya…

Akhir-akhir ini isu pemberian vaksin kepada warga emas cukup hangat diperkatakan. Ada warga emas yang ‘memahami’ tujuan vaksin, mereka mempercayai fakta dan kebenaran, lantas bersetuju tanpa sebarang keraguan.

Namun ada segelintirnya pula yang ‘sebaliknya’. Rata-rata mereka dipercayai mungkin terpengaruh dengan info-info meragukan yang tular dalam WhatsApp. Sudahnya mereka tidak percaya kepada vaksin dan menolaknya.

Tapi apa yang berlaku di Pakistan ini sangat membuka mata kita semua. Seramai 9,289 individu telah menerima suntikan vaksin dalam satu program vaksinasi yang dijalankan di Baramulla, Kashmir baru-baru ini.

Difahamkan kaedah pemberian vaksin itu bukanlah berpusat seperti dalam dewan di Malaysia, tapi secara ‘bergerak’ dari rumah ke rumah yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Kashmir Jammu & Kashmir.

Perjalanan petugas kesihatan dalam usaha memberi vaksin itu akhirnya ‘terhenti’ di sebuah rumah di kediaman Shrakwara Block Wagoora. Rupa-rupanya penama yang bakal divaksin di rumah itu ialah seorang nenek tua.

Berdasarkan maklumatnya, nenek tua bernama Rehtee Begum itu didakwa berusia 124 tahun. Maka vaksin pun disuntik seperti biasa dan difahamkan, itu adalah suntikan vaksin dos pertama yang diterimanya.

Namun apa yang menariknya, Rehtee masih hidup normal dengan usia 124 tahun, sekaligus menjadikannya sebagai wanita paling tua di dunia yang ditemui. Dalam masa sama, Rehtee juga dianggap sebagai penerima vaksin COVID-19 tertua di dunia setakat ini.

Pemberian vaksin kepada individu ‘unik’ itu diumumkan Jabatan Perhubungan Awam Jammu & Kashmir menerusi satu ciapan di Twitter sebelum mendapat perhatian muka depan berita.

Mengimbas kembali, Guinness World Book of Record sebelum ini mencatatkan bahawa wanita paling tua di dunia yang pernah direkodkan ialah Kane Tanaka dari Jepun yang hidup sehingga 118 tahun.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/06/05/wanita-paling-tua-di-dunia-ditemui-terima-suntikan-vaksin-covid-19-pada-umur-124-tahun/?

COMMENTS

Wordpress (0)