Vaksin AstraZeneca tidak mengandungi babi, bahan terlarang – Menteri Kesihatan

Vaksin AstraZeneca tidak mengandungi babi, bahan terlarang – Menteri Kesihatan

Vaksin Covid-19 AstraZeneca tidak mengandungi sebarang produk yang berasal daripada haiwan atau bahan terlarang, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, AstraZeneca telah membekalkan kenyataan bagi mengisytiharkan bahawa AZD1222 tidak mengandungi sebarang produk berasal daripada haiwan dan semua ‘eksipien’ berasal dari sayur-sayuran.

“AZD1222 tidak mengandungi sebarang bahan terlarang seperti: bahan yang berasal dari babi, gelatin dari sumber haiwan babi, gliserin yang berasal dari haiwan, asid stearic, laktosa, produk yang berasal dari kerang atau ikan yang tidak bersisik, pati gandum,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut Majlis Ulama Muslim di Indonesia dalam paparan di laman web mereka memberitahu bahawa vaksin Covid-19 AstraZeneca adalah haram kerana proses pembuatannya menggunakan ‘trypsin’ dari pankreas babi.

AstraZeneca dalam hujah balasnya berkata vaksin itu tidak mengandungi bahan yang berasal dari babi.

Dr Adham berkata, trypsin babi hanya digunakan semasa pembinaan saluran sel T-REx-293 dan trypsin itu tidak bersentuhan langsung dengan bank sel sebenarnya, yang digunakan dalam proses pembuatan, tetapi digunakan jauh di hulu sel hos, dan oleh itu tidak dianggap terdapat dalam Bahan dan Produk Ubat.

“Walaupun begitu, AstraZeneca perlu membekalkan hasil ujian bagi mengesahkan bahawa tidak ada sisa bahan babi dalam produk akhir sebagai salah satu syarat pendaftaran,” katanya
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/130478/KHAS/Covid-19/Vaksin-AstraZeneca-tidak-mengandungi-babi-barang-terlarang