Usul keyakinan terhadap MB Perak dapat sokongan Adun Kerajaan dan pembangkang

Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Saarani Mohamad (Umno – Kota Tampan) mendapat sokongan sebulat suara dari Adun Perak untuk terus menjadi ketua eksekutif negeri, termasuk dari wakil pembangkang.

Ketika usul keyakinan diajukan di dewan undangan negeri hari ini, semua anggota dewan yang hadir berdiri untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Saarani.

Tidak ada yang berdiri ketika Speaker Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid bertanya apakah ada yang membantah usul keyakinan itu.

“Memandangkan yang bersetuju berdiri di tempat masing-masing telah meliputi semua (Adun), maka usul ini diluluskan sebulat suara.

“Tahniah kepada semua Adun ke atas kematangan politik yang ditunjukkan hari ini,” kata Zahir.

Usul tersebut diajukan oleh Jamilah Zakaria (Umno – Trong) dan disokong oleh Khairudin Abu Hanipah (Umno – Belanja).

Saarani mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru pada 10 Disember, menggantikan Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu yang disingkirkan melalui undi keyakinan seminggu sebelumnya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555488

COMMENTS

Wordpress (0)