Ustaz popular rogol remaja, wanita ini dedah bagaimana perkenalan bermula

Ustaz popular rogol remaja, wanita ini dedah bagaimana perkenalan bermula

Ustaz popular rogol remaja, wanita ini dedah bagaimana perkenalan bermula. Rogol remaja umur 14 tahun, wanita ini dedah bagaimana perkenalan ustaz popular ini bermula.

Kecoh di tiktok sejak semalam apabila wanita ini dedah segalanya tentang modus operandi kisah rogol ini bermula.

Terdahulu, penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Macam mana perkenalan bermula?

Wanita yang dikenali sebagai @qayqay mendedahkan kronologi hubungan antara penceramah itu dengan remaja perempuan terbabit. Qayqa yang mendakwa anaknya merupakan kawan baik kepada mangsa berkata gadis terbabit bertanya mengenai perihal agama lantas diberi nombor telefon oleh penceramah berumur 30-an.

Ustaz popular rogol remaja, wanita ini dedah bagaimana perkenalan bermula

@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 #allahuakbar ♬ original sound – Fathi Naim

“Mangsa mengikuti ustaz ini kat Instagram kemudian DM tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya jarang buka DM. Kemudian, sampai satu hari ustaz umpan cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan.”

“Budak mentah macam tu apa tau. Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular.”

@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 #allahuakbar ♬ original sound – Fathi Naim

Dalam video yang berbeza, dia juga mendakwa penceramah bebas dan gadis itu beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka.

Namun, pihak keluarga mengambil keputusan untuk melakukan laporan polis memandangkan gadis itu masih di bawah umur.

Menyalahkan kedua-dua pihak, wanita terbabit menyerahkan siasatan kepada pihak yang berkuasa.

BACA:

Jual minyak subsidi RM3.50, peniaga ini berdepan denda RM1 juta

Jaclyn Victor dedah kehidupan terkini selepas 2 tahun jadi janda

Civic Type R kena curi di Genting Highland, kempunan warga Singapura ni

CATEGORIES