Ustaz nak populariti, habis tercemar nama baik pusat zakat

Ustaz nak populariti, habis tercemar nama baik pusat zakat

Beberapa hari lepas kecoh tentang ada ustaz yang bagi bantuan pada keluarga fakir di Kedah, benda itu jadi viral, biasanya sebab masyarakat kita memang suka viral. Tapi sebab yang bagi bantuan tersebut adalah ustaz yang sama yang charge ceramah keluarga punah dia lebih dari 5K, saya seperti biasa akan bagi benefit of the doubt.

Habis lembaga zakat semua kena kecam akibat dari ustaz mencari populariti singkat. Ya nak bagi bantuan tak salah, tapi kalau dah viral sampai rosak nama pusat zakat itu sudah salah. Awak bagi bantuan one-off ( which is good IMHO), lepas awak balik bulan depan-depan siapa lagi nak bagi bantuan kalau semua orang boikot tak nak bayar zakat sebabkan post awak yang viral? Kenapa tak highlight yang mereka dapat bantuan dari pada kes mereka yang viral time julai 2018?

Orang miskin ini pun banyak jenis kategori, yang betul-betul miskin dan ada maruah mereka tak pernah meminta, yang jenis meminta ini yang tokdin Nasoruddin Shah Mat kata jenis pemalas, siap di bagi example lagi

Betul ramai orang yang susah di masa ini, tapi awak tak sepatutnya profit viral dan likes public semata-mata hendak dapat lebih exposure. Itu tak masuk yang awak tak sensor muka orang di beri bantuan, padahal mereka juga ada maruah.

Tentang derma yang awak bagi, itu saya tak persoal, itu urusan awak dengan Allah, yang saya kritik ialah kerosakan yang awak buat bila tak bertabayyun dengan pihak berwajib, habis orang maki pusat zakat dan jabatan agama dan kariah masjid macam mereka tak buat kerja.

Benda ini sama juga dengan program sunnah yang awak buat, suruh laki bini dedah aib masing-masing di sosial media in exchange for lapar likes dan share. In the end awak juga boleh profit dengan charge seminar keluarga punah yang nabi tak pernah buat. No such thing as a free lunch, we all get it, but you should not throw people under the bus for the sake of publicity.

Sumber :