Ustaz kena tahan rogol pelajar, Baby Shima pula perli macam ni

Ustaz kena tahan rogol pelajar, Baby Shima pula perli macam ni. Tular di media sosial mengenai seorang penceramah bebas popular yang ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Jangan masuk campur

Berita itu menarik perhatian warganet untuk dibahaskan termasuklah penyanyi Baby Shima. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Baby Shima, 30, dilihat memerli dengan mempersoalkan tentang surat terbuka susulan kontroversi terbabit.

Tak ada surat terbuka ke? Ooo ini jangan masuk campur.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memuat naik tangkap layar (screenshot) memaparkan laporan berita tentang ustaz berumur 30-an itu pada Selasa.

Ustaz kena tahan rogol pelajar, Baby Shima pula perli macam ni ustaz ebit lew ustaz wadi anuar ustaz azhar idrus ustaz muhaizad ustaz budak ustaz kazim elias ustaz abdullah khairi ustaz auni ustaz kazim

Sebelum ini, Baby Shima menerima surat terbuka daripada pendakwah, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dai’ Fuad Mokhtar yang menegur tindakannya bergelek pada sambutan rumah terbuka pada Mei lalu.

Salah perempuan

Ustaz kena tahan rogol pelajar, Baby Shima pula perli macam ni

Dalam pada itu, pelantun lagu Pura-Pura Bujang juga menyindir dengan menyatakan remaja perempuan yang akan dipersalahkan dalam isu terbabit.

Terdahulu, penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

BACA:

Wany Hasrita selamat diijabkabul dengan Mohd Al-Adib

“Halal ke”? Netizen pelik Nora Danish selamba je makan dalam restoran Gordan Ramsey

Cara si ayah nyanyi lagu rock pujuk baby menangis buat ramai terpegun, “boleh buat konsert!”