Ustaz Abdul Somad tidak dibenarkan masuk ke Singapura

Ustaz Abdul Somad tidak dibenarkan masuk ke Singapura

Ustaz Abdul Somad tidak dibenarkan masuk ke Singapura. KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mengesahkan bahawa pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar balik ke Batam pada hari sama (16 Mei) 2022, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Ini kerana beliau mengajar ajaran ‘ekstremis dan pengasingan’.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebagai respons kepada pertanyaan media, MHA berkata, setibanya di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam, Indonesia, Ustaz Abdul Somad telah ditemubual.

Berikutan temu bual itu, beliau bersama enam teman perjalanan lain tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang ke Batam dalam sebuah feri pada hari yang sama.

Ustaz Abdul Somad tidak dibenarkan masuk ke Singapura

“Somad telah diketahui menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.

BACA:

Ibu dedah perangai sebenar Neelofa yang ramai tak tahu

Penumpang terkandas 5 jam dalam penerbangan, kesal dengan servis MAS

Elak buat benda ini jika pandu kereta auto, gearbox cepat rosak nanti

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)